Seksyen 3
of Akta Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 1984
Seksyen 3
(1)
Apa-apa tindakan atau peninggalan yang berlaku dalam pesawat udara kawalan Malaysia semasa berada dalam penerbangan di tempat lain selain di Malaysia atau melintasi Malaysia yang, jika berlaku di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia, menjadikan kesalahan itu :
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tindakan atau peninggalan yang dibenarkan secara nyata atau tersirat oleh atau di bawah undang-undang itu apabila berlaku di luar
Malaysia.
(2)
Tiada apa-apa prosiding bagi apa-apa kesalahan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang dilakukan di dalam pesawat udara semasa berada dalam penerbangan di tempat lain selain di Malaysia atau melintasi Malaysia hendaklah dimulakan di Malaysia melainkan menurut atau dengan keizinan Pendakwa
Raya.
(3)
Peruntukan subseksyen
(2)
tidaklah menghalang penangkapan, mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa
Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 13
kesalahan, atau penahanan dalam jagaan atau atas jaminan mana-mana orang yang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan.
(4)
Bagi maksud memberikan bidang kuasa, apa-apa kesalahan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang dilakukan dalam pesawat udara dalam penerbangan hendaklah disifatkan telah dilakukan di Malaysia.