Skip to content

Seksyen 7

of Akta Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 1984

ActIn forceProvision 7 of 18

Seksyen 7

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang berada dalam pesawat udara sedang dalam penerbangan yang menyalahi

Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 19

undang-undang, menggunakan kekerasan atau apa jua ancaman, merampas pesawat udara atau mengawalnya melakukan suatu kesalahan penghijakan, tidak kira kerakyatan atau kewarganegaraannya, tidak kira Negara pendaftaran pesawat udara itu dan sama ada pesawat udara itu berada di Malaysia atau di tempat lain.

(2)

Jika pesawat udara digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis, subseksyen (1) tidaklah terpakai melainkan jika―

(a)

orang yang merampas atau mengawal pesawat udara itu ialah seorang warganegara Malaysia;

(b)

tindakannya dilakukan di Malaysia atau melintasi

Malaysia; atau

(c)

pesawat udara itu digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis Malaysia.