Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2015Read it in English
Contents

Bahagian III · Urusan yang Dibenarkan dan Sekatan Mengenai Urusan

15. Sekatan mengenai pembayaran dividen dan pemberian pendahuluan dan pinjaman kepada pengarah

Feedback & support
(1)

Bank tidak boleh—

(a)

membayar apa-apa dividen atas syernya sehingga semua perbelanjaan yang dipermodalkan, termasuk belanja permulaan, belanja pengelolaan, komisen penjualan syer,

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 17

komisen brokeraj, amaun kerugian yang ditanggung, dan butiran perbelanjaan lain yang tidak menghasilkan aset ketara, telah dihapus kira sama sekali;

(b)

memberikan pendahuluan tidak bercagar atau pinjaman tidak bercagar melebihi, pada agregat dan masih belum dijelaskan pada suatu masa, sepuluh ribu ringgit kepada—

(i)

mana-mana pengarahnya; atau

(ii mana-mana firma atau perbadanan yang dalamnya mana-mana pengarah

Bank mempunyai kepentingan sebagai pekongsi, pengarah, pengurus atau ejen; atau

(iii mana-mana subsidiari Bank; atau

(iv mana-mana individu, firma atau perbadanan yang penjaminnya ialah mana-mana pengarah Bank;

(c)

memberi kepada mana-mana pegawai atau pekerjanya pendahuluan tidak bercagar atau pinjaman tidak bercagar melebihi, pada agregat dan masih belum dijelaskan pada suatu masa, enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu.

(2)

Semua pengarah Bank bertanggungan bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi Bank terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada pemberian apa-apa pendahuluan tidak bercagar atau pinjaman tidak bercagar di bawah perenggan (1)(b).

(3)

Tiada pendahuluan atau pinjaman bercagar melebihi, pada agregat dan masih belum dijelaskan pada suatu masa, sepuluh ribu ringgit boleh diberi kepada mana-mana orang, firma atau perbadanan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(b) melainkan jika syarat yang berikut dipenuhi, iaitu—

(a)

bahawa peminjam itu memenuhi taraf kepercayaan kredit yang dikehendaki bagi peminjam lain;

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 202

(b)

bahawa syarat-syarat pendahuluan atau pinjaman itu tidak kurang baiknya kepada Bank daripada yang ditawarkan kepada orang lain;

(c)

bahawa pemberian pendahuluan atau pinjaman itu akan mendatangkan faedah yang terbaik kepada Bank; dan

(d)

bahawa pendahuluan atau pinjaman itu telah diluluskan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan pengarah Bank dalam suatu mesyuarat Lembaga yang diadakan dengan sewajarnya dan kelulusan itu telah direkodkan dalam minit mesyuarat itu.

(4)

Dalam perenggan (1)(b), “pengarah” termasuklah isteri, suami, bapa, ibu, anak lelaki, atau anak perempuan seseorang pengarah.

(5)

Dalam seksyen ini, “pendahuluan tidak bercagar” dan

“pinjaman tidak bercagar” masing-masing ertinya pendahuluan dan pinjaman yang diberikan tanpa cagaran atau, dalam hal pendahuluan dan pinjaman yang diberikan dengan cagaran, apa-apa bahagiannya yang pada bila-bila masa melebihi nilai aset yang menjadi cagaran itu.

(6)

Jika, dalam mentafsirkan subseksyen (5), timbul suatu pertikaian tentang nilai apa-apa aset yang menjadi cagaran, nilai itu hendaklah dikira sebagai nilai pasaran yang ditentukan berasaskan penilaian yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri

Kewangan.

Report

Bahagian IV

Pengawasan dan Kawalan

Bahagian V

Kumpulan Wang Rizab Statutori, Akaun, dan Audit

Bahagian VI

Schedules