Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2015Read it in English

Bahagian V · Kumpulan Wang Rizab Statutori, Akaun, dan Audit

21. Penyenggaraan Kumpulan Wang Rizab Statutori

Feedback & support
(1)

Bank hendaklah menyenggara suatu Kumpulan Wang Rizab

Statutori.

(2)

Pada akhir setiap tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas ditolak belanja pengendalian dan selepas peruntukan dibuat bagi hutang lapuk dan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 23

ragu, susut nilai aset, dan caruman kepada kumpulan wang kakitangan dan pencen.

(3)

Keuntungan bersih bagi tahun kewangan itu, sebagaimana yang ditentukan mengikut subseksyen (2), hendaklah diuruskan mengikut cara yang berikut:

(a)

jika pada akhir tahun kewangan itu Kumpulan Wang

Rizab Statutori kurang daripada lima puluh peratus daripada modal berbayar Bank, sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada keuntungan bersih itu hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori;

(b)

jika pada akhir tahun kewangan itu Kumpulan Wang

Rizab Statutori lima puluh peratus atau lebih, tetapi kurang daripada seratus peratus, daripada modal berbayar

Bank, sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus daripada keuntungan bersih itu hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori.

Report