Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 · Updated to 1 Nov 2015 · Bahagian III · Urusan yang Dibenarkan dan Sekatan Mengenai Urusan
14. Urusan yang dibenarkan bagi Bank
Feedback & supportSelain daripada kuasa, fungsi, kewajipan dan tanggungjawab yang diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas
Bank oleh Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, dan undang-undang kecil Bank, Bank boleh—
memberikan pinjaman kepada, dan menjadi penjamin bagi apa-apa pinjaman wang kepada, mana-mana orang sama ada ahli Bank atau tidak;
memberikan dan mengeluarkan surat kredit kepada mana-mana orang, sama ada ahli Bank atau tidak;
memperoleh, memegang, mengeluarkan atas komisen, menanggung insuran, dan menguruskan saham, bon, kumpulan wang, kewajipan, sekuriti dan pelaburan daripada segala jenis;
menjalankan segala cara urusan agensi;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 202
memperoleh dan menjalankan kesemua atau apa-apa bahagian urusan mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan apa-apa urusan daripada jenis yang sama sebagaimana yang boleh dijalankan dengan sah oleh
Bank, atau yang memiliki harta yang sesuai bagi maksud
Bank;
menyenggara akaun dengan bank lain di dalam Malaysia;
menjalankan apa-apa urusan lain yang dibenarkan dengan nyata oleh
Menteri dengan persetujuan
Menteri
Kewangan.
Pada menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsinya, Bank hendaklah memberi pertimbangan yang paling utama kepada matlamat utamanya untuk meninggikan taraf ekonomi ahlinya.
Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan Bank daripada mana-mana peruntukan Akta Koperasi 1993 atau mengarahkan supaya mana-mana peruntukan Akta Koperasi 1993
terpakai bagi Bank dengan apa-apa ubah suaian yang dinyatakan dalam perintah itu.
Tiada pelaburan melebihi amaun yang ditetapkan oleh
Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan boleh dibuat oleh
Lembaga pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 54 Akta
Koperasi 1993 atau di bawah subseksyen (1), melainkan jika kelulusan bertulis daripada Menteri, yang diberikan dengan persetujuan Menteri Kewangan, telah didapati terlebih dahulu.