Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978

ActIn forceProvision 2 of 4
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 202

“Bank” ertinya syarikat kerjasama yang dikenali sebagai Bank

Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Bank yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 dan dibentuk mengikut perenggan 1 Jadual Pertama;

“Lembaga yang dahulu” ertinya Lembaga Pengarah Bank yang dibentuk di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil

Bank;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan koperasi;

“pengarah” ertinya seseorang ahli Lembaga dan termasuklah

Pengerusi dan Pengarah Urusan;

“Pengarah Urusan” ertinya Pengarah Urusan Bank yang dilantik di bawah subperenggan 3(1) Jadual Pertama;

“pengarah yang dahulu” ertinya seseorang yang menjadi ahli

Lembaga Pengarah Bank pada bila-bila masa sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Bank yang dilantik di bawah subperenggan 1(2) Jadual Pertama;

“Pengurus Besar” ertinya mana-mana Pengurus Besar Bank yang dilantik di bawah subperenggan 3(1) Jadual Pertama;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Bank yang dilantik di bawah perenggan 4 Jadual Pertama;

“subsidiari” ertinya suatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang dalamnya Bank mengawal keanggotaan Lembaga Pengarah atau lebih daripada setengah kuasa mengundi, atau memegang lebih daripada setengah modal syer diterbitkan, dan termasuklah suatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut, bagi syarikat itu.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 9

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007

[Akta 665];

(2)

Perkataan dan ungkapan yang terdapat dalam Akta ini, selain yang ditakrifkan dalam subseksyen (1), hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Koperasi 1993, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain.

Perkara yang berlaku berikutan dengan permulaan kuat kuasa

Akta