Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2015Read it in English

Bahagian V · Kumpulan Wang Rizab Statutori, Akaun, dan Audit

24. Section 24

Feedback & support
(1)

Bank hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh tahun kewangannya ditutup atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, menghantar kepada Menteri dan Menteri Kewangan suatu salinan—

(a)

akaun perdagangan dan untung rugi Bank bagi tahun kewangan itu;

(b)

kunci kira-kira Bank setakat tarikh tahun kewangan itu ditutup;

(c)

suatu laporan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak

Lembaga berkenaan dengan keadaan hal ehwal Bank dan subsidiarinya dan yang menyatakan dengan butir-butir yang berkenaan perkara yang disebut dalam subseksyen 35A(4) Akta Koperasi 1993; dan

(d)

laporan juruaudit yang disebut dalam subseksyen 23(2).

(2)

Jadual

Kedua hendaklah terpakai berhubung dengan perenggan (1)(a) dan (b).

(3)

Akaun, kunci kira-kira dan laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam mana-mana surat khabar tempatan oleh Bank.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 25

Report

Bahagian VI

Schedules