Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2015Read it in English

Bahagian VI

31. Kuasa untuk menamatkan perjalanan kuat kuasa Akta

Feedback & support
(1)

Jika pada bila-bila masa ternyata pada Menteri bahawa tidak lagi perlu bagi Akta ini terus berkuat kuasa, Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Lembaga supaya memanggil suatu mesyuarat agung ahli Bank bagi maksud

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 27

membentuk suatu Lembaga Pengarah di bawah undang-undang kecil

Bank.

(2)

Dengan secepat yang boleh selepas suatu Lembaga Pengarah dibentuk di bawah undang-undang kecil

Bank menurut subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta mengisytiharkan bahawa Akta ini terhenti berkuat kuasa, dan perintah itu boleh mengandungi apa-apa peruntukan berbangkit atau peralihan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh

Menteri.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), pada tarikh perintah di bawah subseksyen (2) mula berkuat kuasa, Lembaga hendaklah dilepaskan daripada pengurusan dan pentadbiran Bank, dan pengurusan dan pentadbiran itu hendaklah terletak hak pada Lembaga

Pengarah yang dibentuk di bawah undang-undang kecil Bank menurut subseksyen (1).

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), sehingga Lembaga Pengarah yang dibentuk di bawah undang-undang kecil Bank bermesyuarat atau mengadakan mesyuaratnya yang pertama, Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) boleh terus menguruskan dan mentadbirkan hal ehwal Bank bagi pihak Lembaga Pengarah tersebut.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 202

Report

Schedules