Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank

23. Peminjaman oleh kakitangan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Bank tidak boleh meminjamkan atau mendahulukan wang kepada seseorang pegawai atau pekerja kecuali—

(a)

bagi membeli, mendirikan, mengubah dan membaiki rumah yang di dudukinya atau yang dia bercadang hendak menduduki di bawah kaedah-kaedah yang diluluskan oleh Lembaga;

(b)

untuk melepaskan sesuatu rumah daripada sesuatu gadai janji atau beban; atau

(c)

bagi membeli kenderaan.

(2)

Apabila Bank berpuas hati tentang adanya keadaan khas atau yang menimbulkan belas kasihan, Bank boleh meluluskan sesuatu pinjaman atau pendahuluan kepada seseorang pegawai atau pekerja mengikut terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.

Report

Bahagian VI

Peruntukan Kewangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan