Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, wang Bank hendaklah, setakat yang praktik dan kecuali sesuatu jumlah wang yang mungkin dikhaskan untuk disimpan dalam tangan bagi maksud am Bank, dilaburkan dalam—
sekuriti Kerajaan;
pelaburan lain yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];
pinjaman perumahan bagi pendeposit dan pelanggan lain mengikut arahan am Menteri;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
pinjaman dan pendahuluan lain kepada pendeposit dan pelanggan lain bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri; dan
sekuriti dan pelaburan lain yang diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa:
Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada apa-apa perubahan yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (2), sekuriti yang dipegang di bawah perenggan (a) tidak boleh kurang daripada 70 peratus, dan sekuriti dan pelaburan yang dipegang di bawah perenggan (e) tidak boleh melebihi 10
peratus, daripada wang yang ada dalam mana-mana satu tahun untuk pelaburan dan yang tidak dikehendaki bagi penggunaan serta-merta oleh
Bank.
Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam proviso subseksyen (1).
Tiada pelaburan boleh dibuat oleh Bank di luar Malaysia.
Bahagian VI
Bahagian VIII