Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Peruntukan Kewangan
Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Peruntukan Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu Kumpulan Wang Rizab Am bagi Bank hendaklah diadakan.
Pada penghujung tiap satu tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas mengambil kira belanja pengendalian dan selepas membuat peruntukan bagi hutang lapuk dan ragu, susut nilai aset, caruman kepada kumpulan wang simpanan atau pencen kakitangan dan apa-apa luar jangkaan lain yang biasanya diperuntukkan oleh bank.
Keuntungan bersih yang ditentukan di bawah subseksyen (2)
hendaklah diuruskan seperti berikut:
apa-apa bahagian yang diarahkan oleh Lembaga hendaklah diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am; dan
apa-apa lebihan hendaklah dibawa ke dalam akaun untung-rugi bagi tahun kewangan berikutnya.
Lembaga boleh menguntukkan apa-apa bahagian Kumpulan Wang
Rizab Am yang perlu bagi maksud—
menampung kerugian yang timbul daripada apa-apa penilaian semula atau pelupusan aset;
menyenggara pembayaran bunga dengan kadar yang berpatutan ke atas deposit dalam Bank;
menjalankan urusan am Bank; dan 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri sesuai dengan tujuan Akta ini.
Bahagian VIII