Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VI · Peruntukan Kewangan

30. Akaun untung rugi, kunci kira-kira dan laporan tahunan

(1)

Bank hendaklah selepas penghujung setiap satu tahun kewangan, selepas sahaja akaun Bank diaudit tetapi, kecuali dengan kelulusan tertentu

Menteri, tidak lewat daripada 30 hari bulan April setiap satu tahun—

(a)

mengarahkan supaya akaun untung rugi dan kunci kira-kiranya yang diperakui oleh Ketua Audit Negara, bersama dengan suatu salinan pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, dihantar kepada Menteri dan penyata kewangan dan pandangan itu hendaklah kemudiannya disiarkan dalam Warta;

(b)

menghantar kepada Menteri laporan tahunannya berkenaan dengan aktiviti Bank dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengandungi maklumat berhubung dengan pengendalian dan akaun Bank, termasuk suatu penyata mengenai sama ada sesuatu tanggungan luar jangka telah diakujanjikan oleh Bank menurut perenggan 5(b) dalam tempoh yang diliputi oleh penyata kewangan itu; dan

(c)

menyiarkan laporan tahunannya bersama dengan penyata kewangan dan pandangan Ketua Audit Negara yang disebut dalam perenggan (a).

(2)

Menteri hendaklah mengarahkan supaya salinan dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(c) dibentangkan dalam setiap satu Majlis

Parlimen.

Report

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan