Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Kehendak Kewangan dan Tugas Bank

21. Section 21

Feedback & support
(1)

Bank hendaklah mengemukakan kepada Menteri—

(a)

suatu pernyataan yang menunjukkan aset dan liabiliti Bank di Malaysia; dan

(b)

apa-apa maklumat, dokumen, statistik atau penyata lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Jika Bank mengendalikan mana-mana pejabat di luar Malaysia, Bank hendaklah mengemukakan kepada Menteri apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengendalian mana-mana pejabat itu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Apa-apa maklumat yang diterima daripada Bank di bawah seksyen ini hendaklah dianggap sebagai rahsia.

(4)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Bank

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Perniagaan Bank

Bahagian IX

Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Bank

Bahagian X

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XI

Maklumat dan Kerahsiaan

Bahagian XII

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XIII

Peruntukan-Peruntukan Am