Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XIII · Maklumat dan Perahsiaan

102. Section 102

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, Bank boleh atas permintaan pihak berkuasa pengawasan yang relevan sesuatu negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, memberikan kepadanya maklumat mengenai perkara perkara yang berhubungan dengan hal-ehwal manamana pejabat, pejabat wakilan atau institusi berlesen yang disebutkan di bawah seksyen 101 (1), atau manamana pejabat di negara, wilayah atau tempat manamana institusi berlesen itu, atau maklumat yang berhubungan dengan penubuhan yang dicadangkan oleh mana-mana institusi berlesen bagi mana-mana pejabat di negara, wilayah atau tempat itu:

Dengan syarat bahawa Bank tidaklah boleh memberi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan akaun atau hal-ehwal mana-mana pelanggan tertentu bagi pejabat, pejabat wakilan, atau institusi tersebut.

Report

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules