Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XIII · Maklumat dan Perahsiaan

97. Section 97

(1)

Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen,/sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau sepanjang tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa jua pun rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal-ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu institusi itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, menzahirkan, menyiarkan, atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal atau akaun pelanggan tersebut.

(2)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa maklumat atau dokumen yang pada masa pendedahan itu tersedia ada, atau telahpun tersedia ada, menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain daripada institusi berlesen itu, atau bagi apa-apa maklumat yang berada dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang diterangkan mengikut apa-apa cara yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana institusi berlesen tertentu atau mana-mana pelanggan tertentu institusi berlesen itu.

(a)

kepada Bank, atau kepada mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank, atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Bank di bawah seksyen 3 (3), atau kepada Panel Penasihat, jika pendedahan itu adalah bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa, melaksanakan fungsi-fungsi, atau menunaikan tugas-tugas Bank, atau pengarah, pegawai atau pekerja bagi Bank, atau bagi orang yang dilantik di bawah seksyen 3 (3), atau bagi Panel Penasihat; atau

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.

Report

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules