Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Penguatkuasaan

39. Kuasa penyiasatan

(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya, dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga supaya dibawa oleh pegawai itu.

(3)

Dalam mana-mana kes yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

(4)

Seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai mengehadkan atau menyentuh mana-mana kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules