Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Penguatkuasaan

43. Senarai benda yang disita

(1)

Jika apa-apa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital disita di bawah Bahagian ini, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita.

(2)

Penduduk premis yang digeledah, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah dalam tiap-tiap keadaan dibenarkan untuk hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penduduk atau orang itu atas permintaannya.

(3)

Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan suatu senarai organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules