Skip to content

Seksyen 30

Indeks

of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957

ActIn forceProvision 32 of 47
Seksyen 30
(1)

Maka hendaklah disediakan dalam pendua dengan cara yang ditetapkan indeks mengenai tiap-tiap catatan yang dibuat di dalam daftar selepas mula berkuat kuasanya Akta ini. Satu salinan indeks hendaklah disimpan oleh Pendaftar Besar dan salinan yang lagi satu itu hendaklah disimpan oleh Penguasa Pendaftar yang berkenaan.

(2)

Indeks catatan yang sedia ada dalam daftar hendaklah setakat yang boleh dipraktikkan disediakan dalam cara sebagaimana yang boleh ditetapkan atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pendaftar

Besar.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 27