Seksyen 28
Tugas Penguasa Pendaftar dan Pendaftar untuk mendapat pendaftaran
of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
Walau pun terdapat apa-apa ketinggalan untuk melaporkan atau mengemukakan maklumat mengenai mana-mana kelahiran, kelahiran mati atau kematian dalam tempoh masa yang dikehendaki oleh peruntukan terdahulu Akta ini, maka hendaklah menjadi tugas
Penguasa Pendaftar dan Pendaftar untuk mendapatkan dengan segala cara yang ada dalam kuasa mereka, maklumat yang paling baik dan tepat mengenai mana-mana kelahiran, kelahiran mati, atau kematian
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 299
yang mungkin berlaku dalam kawasan pendaftaran mereka dan untuk menyebabkan butir-butir yang bersamaan direkodkan (setakat mana yang praktik) dalam cara yang ditetapkan.
(2)
Maka hendaklah menjadi tugas tiap-tiap pegawai polis, penghulu dan ketua kampung untuk mendapat maklumat mengenai tiap-tiap kelahiran, kelahiran mati dan kematian dalam kawasan masing-masing dan juga maklumat mengenai ibu dan bapa yang sah bagi tiap-tiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam kawasannya dan mengenai penduduk mana-mana rumah dalam kawasannya di mana sesuatu kelahiran, kelahiran mati atau kematian mungkin telah berlaku dan untuk memberi notis mengenainya kepada Pendaftar.
(3)
Mana-mana pegawai polis, penghulu atau ketua kampung yang mempunyai dalam miliknya apa-apa maklumat tersebut dan dengan sengaja mengaibkan atau gagal untuk memberitahunya kepada Pendaftar adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ringgit.