Seksyen 7
of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
Seksyen 7
Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, kelahiran tiap-tiap kanak-kanak yang lahir di Malaysia hendaklah didaftarkan oleh
Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana kanak-kanak itu dilahirkan dengan mencatatkan ke dalam daftar dalam pendua dengan cara menetapkan butir-butir yang berkenaan dengan kelahiran itu sebagaimana yang ditetapkan; dan daftar yang berlainan hendaklah digunakan dan butir-butir yang berlainan boleh ditetapkan bagi lahir hidup dan lahir mati masing-masingnya;
Dengan syarat bahawa, jika kanak-kanak yang hidup dijumpai terdedah dan tiada maklumat mengenai tempat lahirnya didapati,
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 13
maka kelahiran itu hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana kanak-kanak itu dijumpai.
(2)
Orang yang berikut adalah layak memberi maklumat berkenaan dengan sesuatu kelahiran, iaitu–
(a)
bapa kanak-kanak itu;
(b)
ibu kanak-kanak itu;
(c)
penduduk rumah di mana kanak-kanak itu pada pengetahuan penduduk itu dilahirkan;
(d)
mana-mana orang yang ada ketika kelahiran itu; dan
(e)
mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu.
(3)
Dalam hal kanak-kanak berketurunan Cina Pendaftar boleh, selepas mencatatkan dalam daftar butir-butir yang ditetapkan mengenai kanak-kanak tersebut, membenarkan pemberitahu yang layak untuk memasukkan dengan cara yang boleh ditetapkan nama kanak-kanak itu dan nama bapanya dan ibu kanak-kanak tersebut dalam tulisan Cina.
Maklumat berkenaan dengan kelahiran hendaklah diberi kepada