Skip to content

Seksyen 9

of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957

ActIn forceProvision 10 of 47

Seksyen 9

Jika mana-mana kanak-kanak baharu lahir yang hidup dijumpai terdedah, maka hendaklah menjadi tugas orang yang menjumpai kanak-kanak itu, dan juga mana-mana orang yang kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaannya untuk memberitahu kepada Pendaftar sepanjang pengetahuannya dan kepercayaannya, sebelum habis tempoh empat belas hari dari tarikh kanak-kanak itu dijumpai, maklumat mengenai butir-butir yang dikehendaki itu untuk didaftarkan berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak itu sebagaimana yang dipunyai oleh pemberitahu itu, dan untuk menandatangani daftar itu di hadapan Pendaftar:

Dengan syarat bahawa, pemberian dan penandatanganan daftar itu oleh salah seorang dari orang tersebut hendaklah merupakan sebagai pelepasan apa-apa tugas di bawah seksyen ini oleh mana-mana dari mereka yang lain.