Skip to content

Seksyen 14

Kuasa Ketua Pengarah memberi arahan bertulis

of Akta Pusat Jagaan 1993

ActIn forceProvision 15 of 27
Seksyen 14
(1)

Ketua Pengarah boleh, berkenaan dengan mana-mana pusat jagaan berdaftar, memberi apa-apa arahan bertulis, konsisten dengan

Akta ini, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24, dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7, sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memastikan bahawa—

(a)

ia dikendalikan dan diuruskan dengan memuaskan;

Pusat Jagaan 15

(b)

kebajikan penghuninya atau orang yang diterima untuk jagaan dimajukan dengan cara yang sepatutnya;

(c)

radas dan kelengkapan secukupnya yang perlu untuk memberi perlindungan daripada kebakaran ada dibekalkan di dalamnya; dan

(d)

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 dipatuhi.

(2)

Sesuatu arahan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan itu; dan

(b)

hendaklah menyatakan suatu tempoh masa, yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, dalam mana arahan itu hendaklah dipatuhi.

(3)

Jika rayuan dibuat kepada Menteri di bawah seksyen 22

terhadap sesuatu arahan di bawah subseksyen (1) dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, kuat kuasa arahan itu tertangguh dan jika Menteri mengesahkan arahan itu, arahan itu hendaklah dipatuhi dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.