Skip to content

Seksyen 16

Kuasa memasuki dan memeriksa premis yang disyaki

of Akta Pusat Jagaan 1993

ActIn forceProvision 17 of 27
Seksyen 16
(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang semunasabahnya disyaki sedang digunakan sebagai atau bagi suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah

Akta ini dan boleh membuat apa-apa siasatan di dalamnya sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

mengemukakan soalan tentang pengurusan premis itu kepada mana-mana orang yang menjaga atau mengambil bahagian dalam pengurusan, atau yang bekerja di premis

Pusat Jagaan 17

itu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar soalan demikian sedaya upaya mereka; dan

(b)

menghendaki mana-mana orang sedemikian supaya mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang berhubungan dengan premis itu, dan boleh menyitanya dan mengambil salinan baginya.