Seksyen 16A
Kuasa untuk mengelak
Jika Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain digunakan sebagai suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini, Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak pusat jagaan itu.
(2)
Orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai pusat jagaan yang telah dilak hendaklah—
(a)
dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu perakuan pendaftaran pusat jagaan itu;
dan
(b)
menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.
(3)
Lak itu hendaklah ditanggalkan jika—
(a)
orang itu mematuhi kehendak subseksyen (2); atau
(b)
suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap orang itu supaya orang itu berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai pusat jagaan, mengikut mana-mana yang terdahulu.
(4)
Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu yang bertindak di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan itu atau kerosakan kepada rumah,
18 Undang-Undang Malaysia Akta 506
bangunan, premis atau tempat yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.
(5)
Apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain tidak boleh melarang pendakwaan mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai pusat jagaan dengan melanggar Akta ini.