Skip to content
In forceUpdated to 30 Oct 2024Read it in English

Act of Parliament

Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950

Feedback & supportThe carriage of goods by sea

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Barang melalui Laut 1950.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri *Semenanjung

Malaysia sahaja.

Pemakaian Kaedah-Kaedah

**2. Tertakluk pada Akta ini, Kaedah-Kaedah yang dinyatakan dalam

Jadual

Pertama

(kemudian daripada ini disebut

“Kaedah-Kaedah”) hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan dan berkaitan dengan pengangkutan barang melalui laut dalam kapal yang membawa barang dari mana-mana pelabuhan di Malaysia ke mana-mana pelabuhan lain sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

*NOTA—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

“Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

**NOTA—Kaedah-Kaedah yang disebut dalam seksyen ini dibuat oleh Persidangan Antarabangsa mengenai Undang-Undang Maritim yang diadakan di Brussels pada Oktober 1922 dan dipinda pada mesyuarat yang diadakan di Brussels pada Oktober 1923. Ia mula-mula diterima pakai dan digunakan terdahulu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Johor dan Negeri-Negeri Selat dan seterusnya diperluaskan untuk dipakai ke seluruh Persekutuan.

6 Undang-Undang Malaysia

s 3Waranti mutlak bagi kelayakan belayar tidak boleh dianggap tersirat dalam kontrak yang baginya Kaedah-Kaedah terpakai

Tidak boleh dianggap tersirat dalam apa-apa kontrak bagi pengangkutan barang melalui laut yang baginya Kaedah-Kaedah terpakai apa-apa aku janji mutlak oleh pengangkut barang itu untuk mengadakan kapal layak belayar.

s 4Pernyataan tentang pemakaian Kaedah-Kaedah hendaklah dimasukkan dalam bil muatan

Tiap-tiap bil muatan, atau dokumen hak milik yang serupa, yang dikeluarkan di Malaysia yang mengandungi atau merupakan keterangan mengenai apa-apa kontrak yang baginya Kaedah-Kaedah terpakai hendaklah mengandungi suatu pernyataan nyata bahawa ia hendaklah mempunyai kuat kuasa tertakluk pada Kaedah-Kaedah tersebut sebagaimana yang terpakai menurut Akta ini.

s 5Ubah Suaian Artikel VI Kaedah-Kaedah berhubung dengan perdagangan tempatan

Artikel VI Kaedah-Kaedah hendaklah, berhubung dengan—

(a)

pengangkutan barang melalui laut di dalam kapal layar yang mengangkut barang dari mana-mana pelabuhan di Malaysia ke mana-mana pelabuhan lain sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan

(b)

pengangkutan barang melalui laut di dalam kapal yang mengangkut barang dari mana-mana pelabuhan di Malaysia ke mana-mana pelabuhan lain di Malaysia, mempunyai kuat kuasa seolah-olah Artikel tersebut merujuk kepada barang daripada mana-mana kelas dan bukannya kepada barang tertentu dan seolah-olah proviso kepada perenggan kedua Artikel tersebut telah ditinggalkan.

Pengangkutan Barang Melalui Laut 7

s 6Ubah Suaian Kaedah 4 dan 5 Artikel III berhubung dengan kargo pukal

Jika di bawah kelaziman apa-apa perdagangan berat kargo pukal yang dimasukkan dalam bil muatan ialah sesuatu berat yang ditentukan atau diterima oleh pihak ketiga selain pengangkut atau pengirim dan hakikat bahawa berat sedemikian ditentukan atau diterima dinyatakan dalam bil muatan, maka, walau apa pun apa-apa jua dalam

Kaedah-Kaedah itu, bil muatan itu tidak boleh disifatkan sebagai keterangan prima facie terhadap pengangkut bagi penerimaan barang bagi berat yang dimasukkan sedemikian dalam bil muatan, dan ketepatannya pada masa pengiriman tidak boleh disifatkan telah dijamin oleh pengirim.

s 7Kecualian dalam kuat kuasa

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh penjalanan kuat kuasa seksyen 289 hingga 294, termasuklah kedua-duanya,

359 dan 360 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70 tahun 1952], atau penjalanan kuat kuasa mana-mana undang-undang bertulis lain yang pada masa ini sedang berkuat kuasa yang mengehadkan liabiliti pemilik vesel yang belayar ke laut.

s 8Section 8

(Ditinggalkan).

8 Undang-Undang Malaysia

Schedules