6. Ubah Suaian Kaedah 4 dan 5 Artikel III berhubung dengan kargo pukal
Feedback & supportJika di bawah kelaziman apa-apa perdagangan berat kargo pukal yang dimasukkan dalam bil muatan ialah sesuatu berat yang ditentukan atau diterima oleh pihak ketiga selain pengangkut atau pengirim dan hakikat bahawa berat sedemikian ditentukan atau diterima dinyatakan dalam bil muatan, maka, walau apa pun apa-apa jua dalam
Kaedah-Kaedah itu, bil muatan itu tidak boleh disifatkan sebagai keterangan prima facie terhadap pengangkut bagi penerimaan barang bagi berat yang dimasukkan sedemikian dalam bil muatan, dan ketepatannya pada masa pengiriman tidak boleh disifatkan telah dijamin oleh pengirim.