Skip to content
In forceUpdated to 30 Oct 2024Read it in English

1. Tajuk ringkas dan pemakaian

Feedback & support
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Barang melalui Laut 1950.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri *Semenanjung

Malaysia sahaja.

Pemakaian Kaedah-Kaedah

**2. Tertakluk pada Akta ini, Kaedah-Kaedah yang dinyatakan dalam

Jadual

Pertama

(kemudian daripada ini disebut

“Kaedah-Kaedah”) hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan dan berkaitan dengan pengangkutan barang melalui laut dalam kapal yang membawa barang dari mana-mana pelabuhan di Malaysia ke mana-mana pelabuhan lain sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

*NOTA—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

“Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

**NOTA—Kaedah-Kaedah yang disebut dalam seksyen ini dibuat oleh Persidangan Antarabangsa mengenai Undang-Undang Maritim yang diadakan di Brussels pada Oktober 1922 dan dipinda pada mesyuarat yang diadakan di Brussels pada Oktober 1923. Ia mula-mula diterima pakai dan digunakan terdahulu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Johor dan Negeri-Negeri Selat dan seterusnya diperluaskan untuk dipakai ke seluruh Persekutuan.

6 Undang-Undang Malaysia

Report