Skip to content
In forceUpdated to 30 Nov 2015Read it in English

Bahagian III · Majlis

10. Kuasa am Majlis

(1)

Institut dan kumpulan wangnya hendaklah diuruskan oleh

Majlis dan segala kuasa, perbuatan atau perkara yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Institut yang tidak diarahkan atau dikehendaki dengan nyatanya oleh Akta ini supaya dijalankan atau dilakukan oleh Institut dalam mesyuarat agung boleh dijalankan atau dilakukan oleh Majlis tertakluk kepada Akta ini atau kepada kaedah-kaedah atau apa-apa ketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Institut dalam mesyuarat agung.

(2)

Tiada ketetapan Institut boleh membatalkan penjalanan apa-apa kuasa atau pelakuan apa-apa perbuatan atau perkara oleh Majlis sebelum ini, yang tetap sah jika ketetapan itu tidak diluluskan.

Report

Bahagian IV

Keanggotaan Institut

Bahagian V

Schedules