Act of Parliament · Updated to 30 Nov 2015 · 5 parts
Chemists Act 1975
Incorporating an institute of chemistryBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Kimia 1975.
Akta ini hendaklah terpakai bagi seluruh Malaysia dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Subseksyen 23(2) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta, iaitu suatu tarikh yang tidak lebih awal dari empat bulan kalendar selepas tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen (2).
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 158
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli farmasi berdaftar” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371];
“anggota” atau “anggota Institut” atau “ahli kimia berdaftar”
ertinya seseorang yang pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang anggota Institut;
“daftar” ertinya daftar anggota yang disenggarakan di bawah seksyen 15;
“Institut” ertinya Institut Kimia Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Jawatankuasa” ertinya mana-mana Jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ini;
“kaedah-kaedah” dan “undang-undang kecil” ertinya kaedah-kaedah dan undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini;
“Majlis” ertinya Majlis Institut;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Institut yang dinyatakan oleh subseksyen 14(1);
“Pertubuhan” ertinya badan yang dikenali sebagai Institut Kimia
Malaysia yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan pada 13 Oktober 1967 [P.W. 4647 tahun 1967] di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 14(2);
Ahli Kimia 7
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini.
Bahagian II
Institut
Bahagian III
Majlis
Bahagian IV