Chemists Act 1975 · Updated to 30 Nov 2015 · Bahagian II · Institut
3. Institut dan kuasanya
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Institut Kimia
Malaysia” hendaklah ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai dan yang boleh, tertakluk kepada Akta ini, membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya, membuat kontrak, memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih atau apa-apa hak mengenainya, dan memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, menggadai, menggadai janji, menyerah hak semula, memindah milik, melupuskan atau dengan cara lain membuat apa-apa urusan mengenainya.
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Institut boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi maksud Institut dan khususnya boleh, tertakluk kepada subseksyen (3)—
membeli atau memajak apa-apa tanah yang dikehendaki bagi maksud Institut;
mengambil dan melanggan atau selainnya memperoleh saham dan syer dalam mana-mana syarikat, jika keanggotaan syarikat itu mustahak atau berfaedah kepada Institut bagi maksud memperoleh dan memegang apa-apa pajakan atau sewaan tanah daripada syarikat itu yang dikehendaki bagi maksud
Institut;
kecuali dalam hal pajakan dari bulan ke bulan, menjual, menyerahkan, memajak, menukarkan atau menggadai
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 158
janji mana-mana tanah atau bangunan yang terletak hak padanya, mengikut apa-apa cara yang didapatinya paling sesuai atau berfaedah;
meminjam wang sama ada dengan cara overdraf bank atau selainnya bagi apa-apa maksud Institut yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa oleh
Majlis;
menjamin apa-apa kontrak dengan mana-mana syarikat yang daripadanya Institut ada memegang atau bercadang hendak memegang sesuatu pajakan atau sewaan mengikut perenggan (b) dan apa-apa kontrak lain yang baginya
Institut mungkin mempunyai sesuatu kepentingan kewangan dan kepadanya ia boleh menjadi suatu pihak yang sah di bawah seksyen ini; dan
menerima pemberian, derma dan pemberian wasiat daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan atau punca lain.
Penjalanan kuasa di bawah perenggan (2)(a), (b), (c), (d) dan
hendaklah dengan kelulusan Menteri.
Bahagian III
Majlis
Bahagian IV