Skip to content

Seksyen 11

Jawatankuasa

of Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017

ActIn forceProvision 11 of 12
Seksyen 11
(1)

Pihak Berkuasa boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya.

(2)

Pihak Berkuasa boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(5)

Pihak Berkuasa boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tidak kurang daripada empat belas hari kepada Pihak Berkuasa dan pengerusi jawatankuasa.

(7)

Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(8)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh pengerusi jawatankuasa dan Pihak Berkuasa.