Seksyen 6
Anggota silih ganti
of Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017
Menteri hendaklah, berhubung dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(b) dan (c), melantik seseorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti kepada anggota itu, mesyuarat Pihak Berkuasa apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
(2)
Seorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Pihak Berkuasa.
(3)
Seorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasa.