Seksyen 7
Tempoh jawatan
of Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017
Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(a) atau (d) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh maksimum satu penggal berturut-turut.
(2)
Jika mana-mana anggota terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasa berikutan tamat pelantikan semulanya di bawah subseksyen (1) dia tidak boleh dilantik semula sebagai anggota Pihak Berkuasa dalam tempoh tiga tahun daripada tamat pelantikan semulanya itu di bawah subseksyen (1).