Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian IV · Peruntukan Berhubung Dengan Pekerja
21. Mengambil kerja pekerja Kerajaan
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, menerima ke dalam penggajiannya tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu berada dalam penggajian pejabat Pendaftar Syarikat dan Pendaftar Perniagaan dan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan
Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja
Suruhanjaya.
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Suruhanjaya hendaklah diambil kerja oleh Suruhanjaya atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Suruhanjaya, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja
Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1).
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.