Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian V · Kewangan
28. Kumpulan Wang
Feedback & supportSuatu Kumpulan Wang bagi maksud Akta ini, yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya, ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada
Kerajaan atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh
Suruhanjaya kepada mana-mana orang;
segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya melalui pemberian;
segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya;
segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Suruhanjaya;
segala wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah
Akta ini; dan
segala wang lain yang diterima dengan sah oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 43