Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
dihasilkan oleh suatu komputer;
(b)
dipapar di skrin suatu komputer; atau
(c)
diterjemah dengan tepat daripada suatu penyataan atau representasi yang dihasilkan itu;
“premis” termasuk tanah, bangunan, binaan boleh alih dan apa-apa pengangkutan melalui jalan darat, air dan udara;
Jenayah Komputer 7
“rangkaian komputer” ertinya saling sambungan talian komunikasi dan litar dengan suatu komputer atau suatu kompleks yang terdiri daripada dua atau lebih komputer yang tersaling sambung.
(2)
Bagi maksud Akta ini, seseorang mendapat capaian kepada mana-mana aturcara atau data yang disimpan dalam komputer sekiranya, dengan menyebabkan komputer itu melaksanakan apa-apa fungsi, dia―
(a)
mengubah atau memadamkan program atau data;
(b)
menyalin atau mengalihnya ke mana-mana bahan tara storan selain daripada di mana ia disimpan atau ke tempat lain dalam bahan tara storan di mana ia disimpan;
(c)
menggunakannya; atau
(d)
menyebabkan ia dioutput daripada komputer di mana ia disimpan sama ada dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-apa cara lain, dan rujukan kepada capaian kepada suatu program atau data dan kepada suatu niat untuk mendapat capaian sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(c), seseorang mengguna sesuatu program sekiranya fungsi yang dia menyebabkan komputer itu melaksana―
(a)
menyebabkan program itu dilakukan; atau
(b)
ia sendirinya adalah fungsi sesuatu program itu.
(4)
Bagi maksud perenggan (2) (d), bentuk apa-apa program atau data dioutput dan khususnya samada ia merupakan suatu bentuk yang dalam hal suatu program, boleh dilaksanakan atau dalam hal data, boleh diproses oleh komputer atau tidak adalah tidak material.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 563
(5)
Bagi maksud Akta ini, capaian dalam apa-apa bentuk oleh mana-mana orang kepada apa-apa program atau data yang disimpan dalam komputer adalah tanpa kuasa sekiranya―
(a)
dia sendiri tidak berhak untuk mengawal capaian dalam bentuk yang berkenaan kepada program atau data itu; dan
(b)
dia tidak mempunyai keizinan atau melebihi apa-apa hak atau kebenaran untuk mencapai olehnya dalam bentuk yang berkenaan kepada program atau data itu daripada mana-mana orang yang berhak.
(6)
Suatu rujukan dalam Akta ini kepada apa-apa program atau data yang disimpan dalam komputer termasuk rujukan kepada apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana bahan tara storan yang boleh tanggal yang sedang berada dalam komputer.
(7)
Bagi maksud Akta ini, suatu pengubahsuaian kandungan mana-mana komputer berlaku sekiranya, dengan pengendalian apa-apa fungsi komputer yang berkenaan atau mana-mana komputer yang lain―
(a)
apa-apa program atau data yang disimpan dalam komputer berkenaan diubah atau dipadamkan;
(b)
apa-apa program atau data dimasukkan atau ditambahkan kepada kandungannya; atau
(c)
apa-apa kejadian yang berlaku yang mencacatkan pengendalian normal mana-mana komputer, dan apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya suatu pengubahsuaian hendaklah disifatkan sebagai melakukannya.
(8)
Apa-apa pengubahsuaian yang disebut dalam subseksyen (7)
adalah tanpa kuasa sekiranya―
(a)
orang yang perbuatannya menyebabkan begitu dengan sendirinya tidak berhak untuk menentukan sama ada pengubahsuaian itu patut dibuat; dan
Jenayah Komputer 9
(b)
dia tidak mendapat keizinan ke atas pengubahsuaian itu daripada mana-mana orang yang berhak.
(9)
Suatu rujukan dalam Akta ini kepada suatu program termasuklah rujukan kepada sebahagian daripada suatu program.
(10)
Suatu rujukan dalam Akta ini kepada suatu komputer termasuklah rujukan kepada suatu rangkaian komputer.