Seksyen 9
Seksyen 9
Peruntukan Akta ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, mempunyai kuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat dalam Malaysia.
Jenayah Komputer 13
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai sekiranya, bagi kesalahan yang dipersoalkan, komputer, program atau data itu berada di Malaysia atau yang boleh disambung kepada atau dihantar kepada atau digunakan oleh atau dengan suatu komputer di
Malaysia pada masa yang material itu.
(3)
Apa-apa pembicaraan terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menghalang perbicaraan yang kemudian terhadap seseorang itu bagi kesalahan yang sama sekiranya kesalahan itu telah dilakukan dalam Malaysia adalah menghalang perbicaraan selanjutnya terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan ekstradisi orang, berkenaan dengan kesalahan yang sama di luar Malaysia.
Kuasa penggeledahan, penyitaan dan penangkapan.