Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(a)
dia menyebabkan suatu komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat untuk mendapat capaian kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer;
(b)
capaian yang dia berniat untuk mendapatkan adalah tanpa kuasa; dan
(c)
dia tahu semasa dia menyebabkan komputer itu melaksanakan fungsi itu, demikian berlakunya.
(2)
Niat seseorang itu untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak perlu ditujukan kepada―
(a)
mana-mana program atau data yang tertentu;
(b)
suatu bentuk program atau data yang tertentu; atau
(c)
suatu program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang tertentu.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 563
(3)
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut