Skip to content

Seksyen 104

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 82 of 138

Seksyen 104

(1)

Pegawai kastam yang hak boleh pada bila-bila masa, jika tugasnya menghendaki dia berbuat demikian, mengambil sampel apa-apa barang-barang untuk menentukan sama ada ia adalah barang-barang daripada suatu perihal yang dikenakan duti kastam, atau untuk menentukan duti kastam yang kena dibayar atas barang-barang itu atau bagi maksud-maksud lain yang disifatkan oleh pegawai kastam yang hak itu sebagai perlu, dan sampel itu bolehlah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Tiada bayaran boleh dibuat bagi kos apa-apa sampel yang diambil tetapi pegawai kastam yang hak itu hendaklah, apabila diminta, memberi suatu resit bagi apa-apa sampel itu.