Skip to content

Seksyen 107

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 85 of 138

Seksyen 107

(1)

Apabila didapati oleh mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis dengan bersumpah, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana rumah kediaman, kedai, atau bangunan atau tempat lain, ada tersembunyi atau didepositkan apa-apa barang-barang larangan atau barang-barang tak berkastam atau barang-barang yang boleh dilucuthak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang terhadapnya apa-apa kesalahan di bawah AKta ini atau peraturan sedemikian telah dilakukan, atau apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan apa-apa barang-barang itu Majistret tersebut boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kastam yang dinamakan di dalamnya, di waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki rumah kediaman, kedai atau bangunan atau tempat lain itu dan di situ meng-geledah dan menyita apa-apa barang-barang

Majistret boleh mengeluar-kan waran geledah.

Bila peng-geledahan boleh dibuat

[Bah, XIE, S. 107-108)

82

AxtTA 235

yang disyaki dengan munasabah sebagai barang-barang larangan atau barang-barang tak berkastam, atau barang-barang yang kena dilucuthak di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang terhadapnya apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini atau peraturan sedemikian disyaki telah dilakukan, dan apa-apa buku atau dokumen yang dengan munasabah dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(b)

untuk menangkap mana-mana orang atau orang-orang yang berada dalam rumah kediaman, kedai, bangunan atau tempat itu, yang dalam milikannya barang-barang seperti yang disebut terdahulu dijumpai, atau yang disyaki dengan munasabah oleh pegawai itu sebagai telah menyembunyi atau men-depositkan barang-barang itu.

(2)

Pegawai itu boleh jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai, atau bangunan atau tempat lain itu, dan masuk ke dalamnya;

(b)

masuk ke tempat itu dan tiap-tiap bahagian darinya dengan kekerasan;

(c)

membuang dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan itu yang dia diberi kuasa untuk melakukannya;

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai berada dalam tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.