Seksyen 106
Seksyen 106
Jika apa-apa duti kastam baru dikenakan atau jika apa-apa duti kastam dinaikkan, dan apa-apa barang-barang yang berkenaan dengannya duti itu kena dibayar diserah selepas hari di mana duti baru atau yang dinaikkan itu berkuatkuasa, menurut kontrak yang dibuat sebelum hari tersebut, penjual barang-barang itu boleh, dengan ketiadaan perjanjian sebaliknya, mendapatkan daripada pembeli barang-barang itu sebagai suatu tambahan kepada harga
[Bah, XI-XII, $, 106-107]
KASTAM 81
xontrak, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan apasapa amaun yang dibayar olehnya berkenaan dengan barang-barang itu kerana duti baru itu atau kenaikan duti, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Jika apa-apa duti kastam dikenselkan atau dikurangkan dan apa-apa barang-barang yang terlibat dengan duti itu diserah selepas hari di mana duti itu dikenselkan atau pengurangan duti itu berkuatkuasa, menurut suatu kontrak yang dibuat sebelum hari tersebut, pembeli barang-barang itu, dengan ketiadaan perjanjian sebaliknya, boleh jika penjual barang-barang itu telah mendapat faedah berkenaan barang-barang itu daripada pengkenselan atau pengurangan duti itu, memotong daripada harga kontrak suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun duti atau pengurangan duti itu mengikut mana-mana yang berkenaan.