Seksyen 109
Seksyen 109
Seorang pegawai kastam yang hak boleh—
(a)
menaiki mana-mana vesel atau pesawat udara dalam mana-mana pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam atau tempat atau dalam perairan wilayah;
(b)
menghendaki nakhoda vesel itu atau pilot pesawat udara itu memberi apa-apa maklumat berhubungan dengan vesel atau pesawat udara, kargo, storan, kru, penumpang atau pelayaran sebagaimana yang disifatkannya perlu;
(c)
menyelongkar dan menggeledah semua bahagian vesel atau pesawat udara itu bagi mendapatkan barang-barang larangan atau barang-barang tak berkastam;
(d)
memeriksa semua barang-barang di atas vesel atau pesawat udara dan semua barang-barang yang dimuat atau dipunggah pada masa itu,
(e)
meminta semua dokumen yang sepatutnya berada di atas vesel atau pesawat udara itu; dan
Kuasa menggeledah vesel atau pesawat udara.
.
[Bah, XII, S. 109-111]
Pegawai kastam yang hak hendaklah menjalankan kuasa menggeledah.
Pegawai kastam boleh menahan dan menggeledah kenderaan.
Rd AKTA 235
(f)
menghendaki semua atau apa-apa dokumen itu. dibawa kepadanya bagi —pemerik-saan, dan nakhoda mana-mana vesel dan pilot mana-mana pesawat udara yang enggan membenarkan pegawai itu menaiki atau menggeledah vesel atau pesawat udara itu, atau enggan memberi apa-apa maklumat atau menunjukkan apa-apa dokumen apabila diminta adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(2)
Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas vesel atau pesawat udara itu dikunci dan kunci tidak diberi, pegawai itu boleh memecah buka mana-mana tempat, kotak atau peti itu.
(3)
Jika apa-apa barang-barang dijumpai tersem-bunyi atas mana-mana vesel atau pesawat udara, ia hendaklah disifatkan sebagai barang-barang tak berkastam.