Skip to content

Seksyen 66

Pa kebocora

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 55 of 138
Seksyen 66
(1)

Tertakluk kepada seksyen 73, semua baranp.

barang yang diimport ke dalam Malaysia hendaklah, apabilamula-mula sampai atau didaratkan, didepositkan oleh pengimport atau ejennya dalam sesuaty gudan kastam atau gudang berlesen atau dalam sesuaty gudang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah:

Dengan syarat bahawa, tertakluk ke

Ssyarat sebagaimana yang

Pengarah sama ada secara a dalam mana-mana hal tertent pada apa-apa dikenakan Oleh Ketua m, dengan perintah atau u—

(a)

Ketua Pengarah, jika berpuas hati bahawa atas sebab berat, kuantiti atau besarnya mana-mana barang-barang itu atau kerana apa-apa sebab lain adalah tidak praktik untuk mendepositkan barang-barang itu dalam sesuatu gudang kastam, boleh mengarahkan supaya barang-barang itu disimpan dalam mana-mana tempat lain di mana barang-barang sedemikian hendaklah disifatkan sebagai berada di bawah kawalan kastam;

(b)

apa-apa baran diimport melalu

8-barang sedemikian yang ikonsainkan i keretapi boleh dengan sahnya kepada mana-mana orang di arat yang ada suatu

»dan arang-barang sedemikian bagi Bahagian ini dan

»» disifatkan sebagai mula-mula ba di stesen kastam di daratitu;

[Bah. VIII, S. 66]

KASTAM 59

(c)

jika bil muatan, invois atau dokumen lain yang meliputi apa-apa barang-barang itu yang didaratkan di sesuatu pelabuhan kastam menunjukkan bahawa barang-barang itu dikonsainkan kepada seseorang di suatu stesen kastam di darat, barang-barang itu bolehlah dihantar dengan keretapi ke stesen kastam di darat yang ada suatu gudang kastam, dan barang-barang itu hendaklah bagi maksud

Bahagian ini dan Bahagian IX, disifatkan sebagai mula-mula sampai apabila tiba di stesen kastam di darat itu;

(d)

barang-barang itu apabila mula-mula dida-ratkan di sesuatu lapangan terbang kastam yang tiada gudang kastam bolehlah diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Tiada barang-barang yang didepositkan dalam suatu gudang atau diarahkan supaya didepositkan di dalam mana-mana tempat lain, di bawah subseksyen (1), boleh dipindahkan dari gudang itu atau dari tempat itu kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak.

(3)

Barang-barang berduti yang didepositkan dalam suatu gudang yang bukan suatu gudang kastam atau gudang berlesen, hendaklah dipindahkan daripadanya dalam masa sepuluh hari atau mana-mana tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua

Pengarah, bagi didepositkan sedemikian dan jika barang-barang itu tidak dipindahkan sedemikian, pegawai kastam yang hak boleh memindahkannya ke suatu gudang kastam atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu.

(4)

Peruntukan-peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai—

(a)

bagi barang-barang yang diimport melalui pos;

[Bah. VIII, S. 66-67]

60 AKTA 235

(b)

bagi barang-barang yang diimport melalui jalan atau melalui laut di tempat import di mana tiada terdapat gudang kastam;

(c)

bagi bagasi penumpang, yang mengandungi barang-barang kegunaan sendiri sahaja.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1), jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa setelah memandang kepada mana-mana barang-barang tertentu yang diimport ke dalam Malaysia yang tidaklah perlu bagi kepentingan awam barang-barang itu didepositkan oleh pengimport atau ejennya mengikut subseksyen tersebut, dia boleh mengarahkan barang-barang itu dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakannya.

Resit deposit 67, (1) Suatu resit deposit gudang hendaklah gudang. dikeluarkan oleh pegawai kastam yang hak bagi semua barang-barang berduti yang didepositkan di suatu gudang kastam:

Dengan syarat bahawa dalam hal barang-barang berduti yang diimport melalui jalan tiada resit sedemikian boleh dikeluarkan kecuali atas permintaan pengimport atau ejennya.

(2)

Jika resit deposit gudang hilang, suatu salinan resit itu yang diperakui dengan sempurna oleh pegawai kastam yang hak hendaklah diberi kepada pemunya barang-barang berduti itu atau ejennya apabila diserah bon tanggung rugi yang diluluskan oleh seorang pegawai kanan kastam dan diserahkan kepadanya di pejabat kastam, yang menjamin Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan atas kerugian yang disebabkan oleh serahan salah barang-barang yang didepositkan itu.

(3)

Pemegang atau endorsi seterusnya sesuatu resit deposit gudang atau suatu salinannya yang terperakui yang diberi di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan, bagi maksud-maksud Akta ini, sebagai pemunya barang-barang yang didepositkan itu, dan serahan kepada pemegang atau endorsi atau ejen

(Bah, VII, S. 67-70]

KASTAM 61

pemegang atau endorsi resit deposit gudang itu atau salinannya yang diperakui adalah suatu serahan yang sempurna dan sah di sisi undang-undang.