Skip to content

Seksyen 65D

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 53 of 138

Seksyen 65D

(1)

Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar apa-apa fee sebagaimana yang ditentukannya, memberi lesen untuk menjalankan kedai bebas cukai kepada mana-mana orang, yang kemudian daripada ini disebut “‘pemegang lesen” dalam seksyen ini, dan, apabila diberikan, boleh menggantung atau menarik balik lesen itu.

(2)

Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dalam setiap hal ditetapkan oleh

Ketua Pengarah dalam lesen itu.

[Bah. VIII, S. 65p-65]

KASTAM 57

(3)

Pemegang lesen hendaklah, bagi penjalanan yang wajar perniagaannya, memberikan apa-apa cagaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(4)

Jika pada bila-bila masa didapati bahawa mana-mana barang-barang telah dijual atau dipindahkan dari kedai bebas cukai dengan cara selain daripada cara mengikut segala syarat lesen yang diberikan di bawah seksyen ini, pemegang lesen kedai bebas cukai itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan dengan menyalahi undang-undang barang-barang itu dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, dikenakan membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang telah dijual atau dipindahkan itu.