Seksyen 65c
Seksyen 65c
Jika seorang penerima harta seorang pengilang berlesen dilantik, dia hendaklah memberi notis perlantikan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas itu, dan hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset pengilang berlesen itu mengetepikan sejumlah wang daripada aset yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi bagi membayar apa-apa duti kastam yang selepas itu akan menjadi kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu yang telah dijual atau dibuat oleh pengilang berlesen itu sebelum perlantikan penerima itu.
(2)
Seseorang yang dilantik sebagai penerima yang gagal memberi notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal memperuntukkan bagi pembayaran duti kastam sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu adalah bertanggungan sendiri bagi apa-apa duti kastam yang adalah atau menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.
(3)
Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi penerima, tertakluk kepada hak sumbangan di antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak, obligasi dan liabiliti yang mengikat seorang penerima di bawah seksyen ini hendaklah mengikat semua orang itu bersesama dan berasingan.