Skip to content

Seksyen 73

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 61 of 138

Seksyen 73

Tiada barang-barang daripada suatu jenis yang mudah terbakar atau daripada suatu jenis yang berkemungkinan menyebabkan kerosakan pada barang-barang lain boleh didepositkan di dalam mana-mana gudang kastam tanpa sanksi seorang pegawai kanan kastam, dan jika apa-apa barang-barang sedemikian didaratkan ia bolehlah didepositkan, atas perbelanjaan dan risiko pengimportnya, di mana-mana tempat yang disifatkan sesuai oleh seorang pegawai kanan kastam, dan semasa didepositkan sedemikian barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai berada dalam suatu gudang

[Bah, VII, S, 73-74]

KASTAM 63

kastam, dan melainkan jika dalam suatu tempoh empat belas hari ia dikeluarkan atau digudangkan dengan sempurna dalam mana-mana gudang yang diluluskan bagi maksud itu hendaklah, apabila tamat tempoh itu, boleh diuruskan mengikut cara yang sama seperti barang-barang yang sama jenisnya yang didepositkan sebenarnya dalam sesuatu gudang kastam. Barang-barang sedemikian boleh dikenakan apa-apa perbelanjaan bagi melindungi, mengawal dan menjaganya hingga dijual, dikeluarkan atau digudangkan seperti yang disebut terdahulu, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pegawai kanan kastam itu.