Seksyen 74
Seksyen 74
Barang-barang daripada suatu jenis yang Lien mudah musnah yang didepositkan dalam suatu Kerajaan gudang kastam hendaklah dikeluarkan dengan serta-june.
merta, dan jika tidak dikeluarkan sedemikian seorang barang yang pegawai kanan kastam boleh menjual barang-barang os itu. gudang kastam.
(2)
Barang-barang daripada suatu jenis yang mudah terbakar yang didepositkan dalam suatu gudang kastam hendaklah dikeluarkan dalam masa empat belas hari dari tarikh pendepositan.
(3)
Barang-barang bukan daripada suatu jenis yang mudah musnah atau mudah terbakar yang didepositkan dalam suatu gudang kastam hendaklah dikeluarkan dalam masa satu bulan dari tarikh pendepositan:
Dengan syarat bahawa seorang pegawai kanan kastam boleh membenarkan mana-mana barang-barang supaya terus didepositkan bagi suatu tempoh lanjut tidak kurang dari satu bulan pada suatu masa dan tidak melebihienam bulan pada agregatnya sebagaimana dia menurut budi bicaranya fikirkan patut.
(4)
Jika mana-mana barang-barang tidak dikeluarkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2)
atau (3) atau jika mana-mana sewa gudang berkenaan dengan apa-apa barang-barang tidak dibayar dengan wajar mengikut cara yang diperuntukkan oleh seksyen
[Bah, VIII, S. 74-75]
Pemindahan barang-barang berduti dari sesuatu gudang.
64 AKTA 235
72, seorang pegawai kanan kastam boleh selepas memberi notis secara bertulis tidak kurang dari empat belas hari kepada pemunyanya (jika nama dan alamat pemunyaitu diketahuinya), atau selepas disiar notis yang wajar dalam Warta (jika nama dan alamat pemunya itu tidak diketahuinya), menjual barang-barang itu.
(5)
Hasil jualan apa-apa barang-barang itu hendaklah digunakan bagi membayar apa-apa duti kastam, sewa gudang dan caj-caj lain dan tambang muatan keretapi yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu atau apa-apa barang-barang lain yang didepositkan oleh pemunya barang-barang itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya barang-barang itu dan jika pemunya itu tidak dijumpai dalam masa satu bulan dari tarikh jualan, lebihanituhendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(6)
Jika pada masa jualan apa-apa barang-barang tiada tawaran yang mencukupi diperolehi untuk membayar duti kastam, sewa gudang dan caj-caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barangitu, barang-barang itu hendaklah dilucuthak kepada
Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(7)
Tiap-tiap jualan lelong di bawah seksyen ini hendaklah dilakukan oleh atau dengan kehadiran seorang pegawai kanan kastam.