Skip to content

Seksyen 75

Tiada apa-apa barang-barang berduti boleh dipindahkan daripada kawalan kastam kecuali—

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 63 of 138
Seksyen 75

(a)

selepas pembayaran duti kastam yang kena dibayar ke atasnya; atau

(b)

jika barang-barang itu berada di sesuatu gudang kastam atau gudang berlesen, di bawah apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah, bagi pendepositan di gudang kastam atau gudang berlesen lain; atau

[Bah. VIII, S, 75-77]

KASTAM 65

(c)

di bawah apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah, bagi eksport semula dari Malaysia, dan apa-apa barang-barang tidak boleh dalam apa-apa hal dipindahkan dari sesuatu gudang kastam atau mana-mana gudang lain yang diluluskan oleh Ketua

Pengarah sehingga semua sewa gudang dan caj-caj lain yang kena dibayar berkenaan dengannya telah dibayar:

Dengan syarat bahawa petroleum atau apa-apa barang-barang berduti lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di dalam sesuatu gudang berlesen boleh dipindahkan daripadanya sebelum bayaran duti kastam jika cagaran telah diberi dengan memuaskan hati Ketua Pengarah di mana bayaran duti dijamin dalam sesuatu tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.