Skip to content

Seksyen 81

B—Barang-barang tidak berduti

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 68 of 138
Seksyen 81
(1)

Apabila apa-apa barang-barang tidak berduti atas pengimportan diimport melalui laut atau udara pengimportnya hendaklah, sebelum menerima penyerahan barang-barang itu dan dalam apa-apa hal tidak lewat dari sepuluh hari selepas ketibaan vesel atau pesawat udara yang dengannya barang-barang itu diimport atau ketibaan selainnya barang-barang, membuat dengan sendiri atau melalui ejennya kepada pegawai kastam yang hak di pelabuhan kastam di mana barang-barang itu didaratkan atau di tempat lain yang ditetapkan, atau di lapangan terbang kastam di mana barang-barang itu diimport, suatu akuan pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, dengan memberi butir-butir barang-barang yang diimport itu.

(2)

Tiada seorang pun pemunya, nakhoda atau ejen mana-mana vesel, dan tiada seorang pun pilot atau ejen mana-mana pesawat udara yang tiba di mana-mana pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam boleh menyerah apa-apa kargo masuk yang terdiri daripada barang-barang tidak ‘berduti sehingga dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh pegawai kastam yang hak yang kepadanya akuan yang disebut dalam subseksyen (1) telah dibuat.