Seksyen 78
Seksyen 78
Tiap-tiap pengimport barang-barang berduti, yang digudang di bawah seksyen 66 atau dikecualikan daripada digudang menurut kuasa perenggan (a)
proviso kepada subseksyen (1) seksyen 66 hendaklah, sebelum pemindahan barang-barang itu atau mana-mana bahagian daripadanya daripada kawalan kastam atau jika barang-barang itu tidak dipindahkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia didaratkan, dalam tempoh tersebut, membuat dengan sendiri atau melalui ejennya kepada pegawai kastam yang hak di gudang itu, suatu akuan, pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, tentang barang-barang yang diimport, dan dalam mana-mana hal tertentu pegawai kastam yang hak boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pengimport itu sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya supaya menyerahkan akuan itu
(Bah. IX, S, 78-79}
KASTAM 67
dalam tempoh tiga hari dari penerimaan notis itu, dan pengimport itu adalah dikehendaki untuk mematuhi notis itu jika dia berkemampuan berbuat demikian:
Dengan syarat bahawa dalam hal barang-barang yang diimport melalui jalan, akuan itu hendaklah dibuat atas ketibaan barang-barang itu di tempat import.
(2)
Tiap-tiap pengimport barang-barang berduti yang dikecualikan daripada digudang di bawah peruntukan-peruntukan perenggan (b) dan (c)
subseksyen (4) seksyen 66 hendaklah, atas ketibaan barang-barang itu di suatu tempat import, membuat sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya kepada pegawai kastam yang hak di tempat import itu, suatu akuan, mengikut apa-apa cara atau apa-apa borang sebagaimana yang ditetapkan, tentang barang-barang yang diimport itu, dan hendaklah membayar duti kastam dan caj-caj lain yang dilevi ke atasnya dalam tempoh empat belas hari dari akuan sedemikian.
(3)
Orang yang kepadanya dialamatkan apa-apa barang-barang berduti yang diimport melalui pos hendaklah, apabila dituntut oleh pegawai kastam yang hak, membuat dengan sendiri atau melalui ejennya kepada pegawai itu suatu akuan, pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, tentang barang-barang yang diimport itu.